Philips HTS9520 Sistem Teater Rumah Blu-ray 5.1ch

August 21, 2010 · 0 comments

Sistem teater rumah Blu-ray 5.1ch yang mengujakan ini boleh memenuhkan ruangtamu anda dengan bunyi jelas, lantang dan menyeluruh, sama seperti anda menonton wayang. Dengan speker 360Sound rekaan khas, bunyi disebarkan dengan seimbang di bahagian hadapan dan sisi agar anda dapat menikmati pengalaman sinematik sebenar.

Philips HTS9520
Setiap satu satelit mempunyai tiga pemacu agar bunyi ini tersebar ke banyak arah dan bukan hanya satu bahagian semata-mata. Philips HTS9520 juga mampu memain semula cakera Blu-ray dan DVD kegemaran serta muzik yang disimpan pada peranti mudah alih seperti pemain MP3. Selain itu, anda dapat menikmati kandungan talian secara wayarles menerusi adaptor WiFi USB.



{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: