Hampir kesemua pengguna internet sekarang terutamanya blogger mempunyai akaun Twitter. Di mana Twitter merupakan satu aplikasi sosial popular digunakan untuk mendapatkan informasi terpantas dan menyebarkannya dalam masa nyata.
Jika pada kebiasaannya, para blogger dan pemilik sesebuah laman akan memasang sebuah ruangan sembang atau chat box untuk memudahkan pelawat meninggalkan komen atau sebagainya. Selalunya mereka menggunakan ChatBox, Shoutmix dan kian popular sekarang ini adalah Facebook LiveStream.

Twitter Shoutbox ini juga seakan-akan sama dengan Facebook LiveStream, di mana pelawat yang hendak meninggalkan komen perlu menggunakan akaun Twitter mereka terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen. Twitter Shoutbox ini juga melimitkan komen yang hendak ditinggalkan iaitu hanya 117 aksara sahaja dibenarkan.
Untuk memasang Twitter Shoutbox ini, anda hanya perlu dapatkan ia di jotabl. Amat mudah sekali untuk mendapatkannya, klik pada Get Started. Kemudian Sign in with Twitter dan masukkan butiran yang diperlukan. Akhir sekali salin kod yang diberikan dan pasang di blog anda.
Selain itu juga anda boleh mengubahsuai Twitter Shoutbox anda di ruangan Customization. Melalui Twitter Shoutbox ini juga anda boleh memadam mesej atau komen yang ditinggalkan di Message Control, selain itu juga anda boleh menyekat atau block seseorang di User Blocking.






{ 2 comments… read them below or add one }
wahhh nak test la!
ok tu..klau yg pentweet tegar mcm saya mmg suka sgt benda mcm ni.hehe