Kotak Minda

Informasi Teknologi Dan Gajet Anda

Gajet Terpenting Buat Blogger

Written by Mohd Isa on September 3, 2010.

Entri ini adalah sekadar memberi laluan kepada pertandingan SEO yang hampir tamat pada 6 September ini iaitu Contest Hidup Seorang Blogger yang dianjurkan oleh penaja Kotak Minda sendiri. Iaitu saudara Denaihati.com dengan hasil kerjasama dengan eQurban.com yang bertindak sebagai penaja.

hp compaq presario cq40
Perkara asas untuk menjadi seorang blogger adalah memiliki gejet penting dan sudah tentu ianya adalah sebuah komputer dan sambungan internet. Tidak guna jika HIDUP SEORANG BLOGGER tanpa sebuah komputer untuk menjalankan aktiviti blogging. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang blogger, sekurang-kurangnya anda perlu memiliki sebuah komputer. Tidak kira samaada desktop mahupun laptop.

Selain itu juga, hidup seorang blogger juga memerlukan sebuah telefon bimbit berkamera. Jika anda mempunyai sebuah kamera DSLR lagi bagus, bukan apa. Dengan kamera ini bolehlah anda merakam saat-saat manis untuk dikongsikan di dalam blog anda. Bagi saya cukuplah sekadar dengan telefon bimbit berkamera. Ini kerana ia mudah untuk dibawa kemana-mana.

Jadi, apa pendapat anda pula. Untuk hidup sebagai seorang blogger, apakah gajet terpenting yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti blogging?

Popularity: 44% [?]


11 Responses to “Gajet Terpenting Buat Blogger”

  1. Khai   Reply | Quote
    5:58 pm on September 3rd, 2010 -

    Benar.. Dua gadget yang disebut.. Laptop/pc dengan performance yg baik dan handphone berkamera yg cantik kualiti’nya..

    Satu lagi internet tu la.. X cukup setakat ada je. Kalau slow leh memadam semangat kita. So guna la internet yg laju mengikut kesesuaian..

  2. KNizam   Reply | Quote
    6:14 pm on September 3rd, 2010 -
  3. syafiq.net   Reply | Quote
    6:21 pm on September 3rd, 2010 -

    kalau aku boleh live bloggng macam knizam mmg akudah buat hehe
    bro dalam mobile saiz komen box neh ada la 30px je

  4. PenTulis   Reply | Quote
    6:24 pm on September 3rd, 2010 -

    aku ade lappy je.. henpon berkamera power tadek lagi.. dslr lagi la tak mampu.. T___T
    PenTulis´s last blog ..Selamat Hari Merdeka Ke-53 buat MalaysiaMy ComLuv Profile

  5. Adam Roslan   Reply | Quote
    8:48 pm on September 3rd, 2010 -

    Apa paling penting ialah Internet. Blog aku dah berhabuk sebab ada gajet, tapi tak ada Internet. Sangat teruk.

    • Mohd Isa   Reply | Quote
      10:05 pm on September 3rd, 2010 -

      @Adam Roslan,itu tak jadi masalah bro, adanya gajet tanpa internet juga satu kelebihan pada kita. mendapat ketenangan untuk menaip entri dengan lebih baik…bila dah ada internet terus je update…lepas tu boleh jalankan aktiviti lain tanpa gangguan…hehe

Post a Comment

CommentLuv Enabled