Kotak Minda

Informasi Teknologi Dan Gajet Anda

Dell Vastro 3300 Dengan Keyboard Kalis Air

Written by Mohd Isa on July 25, 2010.

Adik terkecil dalam siri Vostro terbaru Dell, Vostro 3300 menawarkan komputer riba 13.3 inci ultra kompak untuk kegunaan bisnes. Ia dikuasakan pemproses Intel Core i5, sistem operasi Windows 7 dan sehingga 6GB memori DDR3.

Dell-Vostro-3300
Seperti mana siri Vostro terkini yang lain, Vostro 3300 turut didatangkan dengan pad sesentuh sensitif gerakan, pilihan cahaya belakang skrin dan papan kekunci kalis air untuk keselesaan dan penjagaan komputer lebih baik.

Terdapat juga pengimbas cap jari, sensor kejatuhan bebas pemacu keras dan penyerap kejutan Strike Zone untuk sekuriti tambahan. Penguna juga boleh menikmati fungsi salinan data talian 24/7 selain pelbagai ciri Vostro 3300 yang sesuai untuk tujuan kerja mahupun peribadi.

Popularity: 75% [?]

  1. 3 Trackback(s)

  2. Jul 25, 2010: IMCurtain.com
  3. Jul 25, 2010: Tweets that mention Dell Vastro 3300 Dengan Keyboard Kalis Air - Kotak Minda -- Topsy.com
  4. Jul 26, 2010: Dell Vostro 3500 Menyokong Sehingga 8GB Memori DDR3 - Kotak Minda

Post a Comment

CommentLuv Enabled