Personas adalah berbeza dengan tema Firefox kerana ia tidak menukar perincian Firefox sedia ada seperti butang navigasi, menu dan toolbar. Sebaliknya ia hanya menukar Header dan Footer pelayar serta yang menariknya juga, anda boleh membina tema anda sendiri menerusi Personas.
Personas Plus
Jika anda terasa bosan dengan tema yang sama pada pelayar web Firefox anda, ini caranya. Personas dari Firefox merupakan tema pelayar mudah dipasang dan mudah digunakan yang akan memberi gaya baru melayari web setiap hari. Ia ditawarkan secara percuma dan boleh dipasang menerusi Add-Ons Firefox Personas Plus serta serasi semua platform komputer yang menyokong pelayar web popular ini.

Setelah memasangnya, anda boleh mengakses ribuan tema pada galeri yang disediakan dan hanya klik untuk memuat turun tema tersebut, Ia boleh diubah pada bila-bila masa menerusi tetapan yang disediakan pada bahagian penjuru kiri bawah pelayar.
P/S: Nantikan tutorial bagaimana membina tema sendiri untuk Firefox anda.
Popularity: 25% [?]
6:45 pm on May 16th, 2010 -
Personas memang banyak design. Nak apa cakap la. Semua ada.


Cuma sapa2 nak lagi personal kene buat sendiri la pastu letak kat website ni.
Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader
7:27 pm on May 16th, 2010 -
Tahu takpa, sampai dah tak larat nak memilih. Dah banyak yang aku cuba, memang menariklah. Nak lagi menarik, boleh design sendiri.
11:49 pm on May 16th, 2010 -
Haha tu la pasal… hari tu aku suka2 la tukar. Tapi skrg macam boring la plak.
Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader