Buffalo DriveStation USB 3.0 HD-HXU3 merupakan pemacu keras luaran terkini daripada Buffalo yang menawarkan kelajuan super sehingga 130MB sesaat iaitu tiga kali ganda lebih pantas berbanding USB 2.0.

Pemacu Keras Luaran Yang Lebih Pantas
Ia ideal untuk menjalankan program intensif pengurusan dan suntingan besar seperti perisian suntingan video CAD serta mampu menyimpan pelbagai kandungan digital seperti muzik, foto, video, fail grafik serta multimedia dengan pantas.
Pemacu ini serasi dengan semua komputer sambungan USB 2.0 begitu juga dengan model USB 3.0 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Masa memindah data kira-kira 625MB sesaat dan boleh didapati dalam kapasiti 1TB, 1,5TB dan 2TB. HD-HXU3 turut didatangkan dengan pakej salinan (backup) popular Memeo yang membenarkan pengguna menguruskan salinan data masa sebenar secara automatik dan selamat.
Popularity: 4% [?]







:ai... ade praditia
Next: Samsung YP-S2 MP3 Player