KotakMinda.com

Informasi Gajet dan Teknologi Anda

Archos 9 Tablet PC

Written by Mohd Isa on January 2, 2010.

Seperti yang dijangka, lebih banyak Tablet PC akan muncul pada tahun ini. Salah satu daripada Archos yang memperkenalkan tablet PC saiz 9 inci yang membolehkan anda mengakses internet dan menjalankan pelbagai fungsi pengkomputeran secara mudah alih.

Archos 9

Tablet PC yang Mudah Alih


Ia disifatkan sebagai Netbook hujung tinggi yang turut dilengkapi Windows 7 terkini, skrin sesentuh, bentuk ergonomik, tetikus serta butang maya untuk memudahkan anda menavigasi menu pada skrin.

Archos 9 juga bertindak sebagai pemain media dengan paparan boleh ubah untuk menonton video HD penuh 1080p atau persembahan slaid foto. Memori sehingga 60GB pula membolehkan anda menyimpan lebih banyak kandungan multimedia di samping muat turun video dari Archos Media Club.

Anda boleh mengakses internet menerusi pilihan sambungan WiFi atau 3.5G dari penyedia telekomunikasi serta berhubung ke rangkaian sosial Facebook, IM, Skype dan Windows Live dengan lebih mudah.

Popularity: 4% [?]

Kotak Muzik

Post a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Previous:
Next: