KotakMinda.com

Informasi Gajet dan Teknologi Anda

Panasonic LUMIX DMC-GH1 Yang Kreatif

Written by Mohd Isa on September 6, 2009.

panasonic_gh1
Kamera HD hibrid kreatif terbaru dalam siri LUMIX Panasonic ini menawarkan rakaman imej kualiti D-SLR dan video HD penuh. Ia menampilkan sistem mikro Lumix G yang memberi pengguna operasi mudah dan selesa di samping rekabentuk yang kompak.

GH1 dikelaskan sebagai kamera hibrid kerana mampu merakam imej kualiti tinggi dan video format AVCHD 1080/24p atau kelancaran 720/60p. Bunyi juga dirakam menerusi Dolby Digital Stereo Creator yang turut menyediakan tetapan manual, membuatkan kamera ini lebih versatil.

panasonic-lumix-gh1
GH1 disokong sensor Live MOS 12.1 megapiksel dan enjin pemproses Venus HD yang mempunyai dua CPU bagi memproses imej dengan kualiti terbaik dan lebih pantas.

Lensa Vario HD pada kamera ini juga mempunyai keupayaan 10x zum dan auto fokus senyap. Panasonic terus mengekalkan ciri-ciri popular lain untuk kamera keluaran syarikat itu seperti pegesan wajah, mod Auto Pintar dan banyak lagi.

Untuk melihat spesifikasi sila klik sini.

Popularity: 100% [?]

Kotak Muzik


20 Responses to “Panasonic LUMIX DMC-GH1 Yang Kreatif”

  1. lilacfla   Reply | Quote
    12:54 am on September 6th, 2009 -

    kamera dah cun. harganya???? mesti lagi cun kan?

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    tak silap, rm6999. mestilah cun. haha

    [Reply]

    izzat Reply:

    jauh sangat tu bro..dalam lingkungan rm5000+/- dengan kitlens.. tp ni memang antara model 4 third yg mahal, sama harga ngan APSC dslr

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    yeke? tak tahu la plak. aku tgk review dalam rm6999, tak tahulah harga kat kedai macam mana plak. maybe dah turun kot.

  2. KNizam   Reply | Quote
    1:14 am on September 6th, 2009 -

    rasa macam nak angkat d700 la hujung tahun ni. hehe :)

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    angkat bro, jgn tak angkat. boleh kasi member2 pinjam nnt. haha

    [Reply]

  3. broSKL   Reply | Quote
    1:51 am on September 6th, 2009 -

    cantik dowh, aku nk satu..haha

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    nak satu kena la beli. hehe

    [Reply]

  4. luth textile   Reply | Quote
    3:58 am on September 6th, 2009 -

    mampu tengok dan terliurrr.. maw angkat? hohoho

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    haha, tahu takpa. bilalah aku mampu memiliki sebuah slr ni. waaa

    [Reply]

  5. Mus   Reply | Quote
    6:41 am on September 10th, 2009 -

    body Warna merah.. lense hitam.. kombinasi warna yg tak berapa best!

    [Reply]

    mohdisa Reply:

    mungkin membawa sedikit kelainan. mana nak cari lensa warna merah. klu ada pun hitam, putih dan kuning cair tak silap aku. hehe

    [Reply]

  6. teh   Reply | Quote
    12:55 am on September 28th, 2009 -

    very nice!

    memang best kalau dapat satu
    yang paling best tu waner merah dia
    :bloody:

    [Reply]

    mohdisa Reply:

    tahu takpa, bilalah mampu nak sapu dslr sebijik ni. hehe

    [Reply]

  7. boyotai   Reply | Quote
    3:00 am on November 11th, 2009 -

    Camera ni ada lawan ngn Canon EOS 7D ke bro? tapi mungkin EOS 7D mahal sedikit dari segi harga. kan..kan..

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    haha, yang tu tak tahu la plak. nanti sy masukkan review canon EOS 7D plak yerk. hehe

    [Reply]

  8. boyotai   Reply | Quote
    11:07 pm on November 11th, 2009 -

    Thank bro..cpat gk bro reply comment sy, siap lawat blog sy lg..makasi k. Moga blog bro brtmbah baik..

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    sama-sama, biasalah. kalau ada masa terluang, sy akan melawat blog rakan2 pula. :)

    [Reply]

  9. DonCarleones   Reply | Quote
    7:27 pm on January 3rd, 2010 -

    full hd video boleh,dslr pun boleh…leh letak mic pulak kat atas…memang shoot video audio kualiti memeang terbaik dgn dolby dtereo…kena beli nih…leh rakam sesi jamming

    [Reply]

    Mohd Isa Reply:

    beli bro, jgn tak beli. :)

    [Reply]

Post a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Previous:
Next: