
LG GC900 Dengan Kamera 8MP
Kalau dilihat dengan reka bentuknya, memang memikat dan memukau pandagan. Reka bentuknya seakan-akan iPhone, dengan kenipisan 12.4mm membawa kelebihan kepada telefon ini. Namun bukan sahaja reakaannya begitu memuaskan, malah LG GC900 Viewty Smart ini penuh dan sarat dengan pelbagai aplikasi canggih serta kelengkapan hardware yang sememangnya memenuhi permintaan pengguna.

Kenipisan Sehingga 12.4mm
Dengan kamera autofokus 8MP, lensa Schneider-Kreuznach, flash LED, geotagging, penstabil imej, multiface detection (hingga 3 orang dalam satu masa), smile detection dan fokus manual, GC900 Viewty Smart jelas dalam kelasnya tersendiri dan memenuhi kehendak pengguna yang gemar menangkap gambar.
Tidak cukup dengan kapasiti menangkap gambar, GC900 ini turut menterjemahkan kemampuannya dalam proses rakaman video. Dengan kemampuan merakam video D1 yang menjana (720×480 px) atau 30fps dan format VGA 30fps, telefon ini mampu melakukan rakam perlahan atau slow-mo.
Untuk melihat spesifikasi sila klik sini.
Popularity: 16% [?]







:ai... ade praditia
9:58 am on August 18th, 2009 -
bro, nak ulasan pasal Samsung Jet! http://jet.samsungmobile.com/
[Reply]