Tentang Kami
Kotak Minda
Kemaskini – Pada 9 September 2011, laman Kotak Minda ini telah menghadapi beberapa masalah sehingga mampu kehilangan database pada web hosting. Oleh yang demikian, laman ini telah dipindahkan ke web hosting lain. Walau bagaimanapun, database sebelum ini tidak dapat diselamatkan. Kecuali beberapa artikel tanpa gambar yang hilang bersama database sebelum ini.
Laman ini terpaksa dibina semula, melalui perbincangan dengan rakan blogger lain. Kotak Minda telah dijenamakan semula, daripada sebuah laman berkisarkan teknologi dan gajet beralih kepada ulasan dan pengenalan aplikasi-aplikasi untuk Android, BlackBerry, iPhone, iPad dan komputer.
Tinggal sejarah – Kotak Minda telah diasaskan oleh saudara Mohd Isa di mana laman blog ini dibina bertujuan untuk membawa segala informasi sesama mengenai teknologi secara amnya dan gajet secara khususnya. Mula beroperasi pada 20 Julai 2009 dengan menggunakan domain kotakminda.com hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain.
Namun Kotak Minda telah menghadapi beberapa masalah di awal pembabitan di dalam menyampaikan informasi-informasi kepada semua pengguna internet. Terutama dengan masalah hosting sebelum ini yang menyebabkan beberapa artikel sebelum ini tidak dapat diselamatkan. Sehinggalah mendapat bantuan daripada rakan blogger yang lain untuk berpindah ke hosting lain.
Sehingga kini, Kotak Minda masih di dalam proses pembangunan semula dari segi pembaharuan artikel yang ingin disampaikan dan tema blog. Semoga dengan adanya Kotak Minda ini dapat membantu anda semua mencari informasi terkini mengenai teknologi dan gajet khususnya.





